Sunday, August 31, 2008

UTUSAN MALAYSIA (29/8/08) - Ramadhan Didik Ketaqwaan

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN(WARTAWAN UTUSAN)

AHLAN wasahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan Ramadan. Bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.Insya-Allah, Isnin depan umat Islam di Malaysia akan berpeluang sekali lagi menjalani ibadat puasa, salah satu daripada rukun Islam yang lima.Puasa pada sudut bahasa bermakna menahan diri. Pada syarak, puasa adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga masuk matahari.

Ramadan pula bermaksud membakar dan panas. Dengan kata lain, Ramadan membakar dan menghapuskan dosa orang yang berpuasa. Bersyukurlah jika kita bahagia menyambut kedatangan Ramadan walaupun terpaksa menahan diri daripada makan dan minum di siang hari selama sebulan. Sekurang-kurangnya kita terdorong dalam orang yang beriman.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman telah difardukan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa." (al-Baqarah: 183).Ada dua kata kunci yang penting dalam ayat ini iaitu orang beriman dan takwa. Dengan kata lain, puasa itu ditujukan kepada orang yang beriman supaya beroleh takwa.Apabila menyebut orang beriman, ia tidak meliputi semua orang Islam atau Muslim. Sebabnya tidak semua orang Muslim itu mukmin (beriman).

Menurut Saidina Ali Abi Thalib, empat ciri orang yang bertakwa itu adalah takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, rasa cukup dengan yang sedikit dan bersiap sedia untuk dipanggil menemui Allah.Bagaimanapun, takwa itu bukan datang sendiri dan tidak boleh dijual beli. Waima sebanyak mana pun harta seseorang itu, dia tidak akan mendapat takwa semata-mata kerana kekayaannya. Sebabnya, takwa itu memerlukan kita berusaha untuk mencapainya.Ia memerlukan istiqamah dan latih tubi yang bukan sedikit. Untungnya, Ramadan menyediakan kita peluang berbuat demikian.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. (riwayat Bukhari). Antara lain maksud syaitan dirantai adalah mereka menjadi lemah dalam bulan puasa. Melalui berpuasa manusia dapat mengurangkan nafsu makan dan minum. Melaluinya kita dapat meninggikan unsur rohani yang boleh mendampingkan diri dengan Allah.

Oleh yang demikian, para ibu bapa seharusnya mengambil peluang Ramadan untuk mendidik anak masing-masing melaksanakan ibadat puasa. Maklumlah bukan mudah untuk kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang selepas 11 bulan bebas berbuat demikian. Ia memerlukan bukan setakat dorongan ibu bapa tetapi lebih utama lagi adalah kepimpinan melalui teladan.Maksudnya, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam berpuasa. Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW: Setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih, ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Mengikut keadaan semasa, anak-anak pada usia 6 tahun kini sudah boleh diasuh agar berpuasa. Ini supaya mereka membiasakan diri dengan ibadat tersebut.Memanglah puasa bagi kanak-kanak itu tidak wajib tetapi ingatlah kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Latih mereka berpuasa secara berperingkat iaitu sehingga pukul 12 tengah hari, kemudian sehingga pukul 3 petang dan akhirnya genap sehari.SembahyangPada masa yang sama, jangan pula ibu bapa alpa menyuruh anak-anak menunaikan solat. Solat adalah keutamaan kerana ia tiang agama. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW: Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan sembahyang sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya dia meninggalkan agamanya. (riwayat al-Baihaqi).

Apabila kita solat maka kecenderungan melakukan maksiat termasuk bercakap bohong dapat dihindari. Maka, tidak timbul anak-anak curi-curi minum di dalam bilik air atau makan secara sembunyi. Secara tidak langsung, ia mendorong kepada usaha mencari takwa.

Ibu bapa juga perlu menanamkan kepada anak-anak supaya mengharapkan reda dan ganjaran Allah untuk puasa mereka. Bukan bermatlamat mendapat upah atau sebarang habuan.Ramadan juga adalah 'sekolah' yang mendidik jiwa agar lebih bertakwa. Oleh itu sifat-sifat mazmumah (keji) hendaklah dihindari dan sifat-sifat mahmudah (terpuji) hendaklah menjadi amalan.Antara akhlak orang yang berpuasa ialah menjaga lidah dan mulut. Mereka juga perlu memelihara diri daripada perkara yang boleh merosakkan pahala puasa. Ini agar puasa itu tidak sia-sia dan hanya mendapat lapar serta dahaga.

Ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berpuasa tidak memelihara tutur kata (maki hamun atau bercakap tidak sopan) atau melakukan perkara yang merosakkan pahala puasa, maka Allah tidak menerima lapar dan dahaganya. (riwayat Bukhari)Puasa juga dapat menghidupkan kekuatan fikiran sebagaimana wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Katanya: "Wahai anakku, apabila engkau terlalu kenyang fikiranmu akan tidur, anggotamu malas bekerja atau beribadat kepada Allah yang menjadikan kamu, dari itu akan hilang keheningan hatimu, kehalusan pengertian untuk mengingati Allah".

Janganlah kita lepaskan kesempatan qiamullail sementelahan kita bangun bersahur. Peruntukkan sekitar 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya untuk solat tahajud dua rakaat sebelum bersahur. Lebih cantik lagi jika ibadat orang soleh ini dilakukan bersama isteri dan anak-anak. Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa.

Balasan bagi mereka yang bertakwa ini dijelaskan menerusi ayat Allah; Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan di beberapa taman syurga dengan mata air-mata air terpancar padanya, keadaan mereka di sana sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang melakukan kebaikan. (az-Zaariyaat: 15-16).

Larian KeMerdeKaan...@UiTM..

sangat la seronok waktu ni...hehe


AlkisAhnya....hari Khamis (28/8/08...cantik no. ni)...bdk2 yg amek KO sukan kena berkumpul & menyertai larian kemerdekaan. huuhuu...mula-mula rse waa kena larik..tp apakan daya, dh diagih2kan sape yg t'libat dgn larian tu...juz KO sukan (bola jaring, badminton & bbrp lg)..ku msk Chess,so juz b'kumpul je kt dataran....lg Nurul, SaLeha (KO Rekreasi) pon x kena larik...wahahhaha,dh ditakdirkn...so,ktorg lePak n m'usya manusia2 d bumi UiTm tuh...


tggu punya tggu bbrp bas yg bwk dak2 lari tu dh smpai, n kitorang yg x kena lari ni kena lak g jambatan dpn, laluan sblm masuk UiTM tu..pe lg, 'fotogedik' jap, ngeh3...



dlm tgh syok2 b'arak tba2 nmpak PMKamel,huhuhu... abis a~~!! kelakar pon ada...then de ucapan sket, de p'tunjukan siLat, ngn brass band...mcm2 lg a. w'pon agak kejap,tp best a gak. de la gak kenangannya, haha...

brass band....1 more pliz!! best sgt!!


pix yg x byk...hehe,check it Out!! c ya...!!


... bRing it On, Get oN it...

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA...!!






Warga Malaysia....!!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51....
Perpaduan Teras Kejayaan!!



Saturday, August 30, 2008

DISNEY CAMP ROCK...

Pssttt….anda2 sume tau x mende Disney camp rock? Tu cerita terbaru Disney, disiarkan kat ASTRO...but astro kat umah xde lak Kids Channel nye mcm DisneyChannel, Nickledeon…dan lain2 la, kekdahnya xde budak kecik pon nnk tgknye, hahaha…

Actually skrg ni happyyyyyyy sgt2 ‘coz dapat 4 ticket free for screening preview cerita DCR tu…FYI cerita ni di alih suara ke Bahasa Melayu, dan suara2 yg akan digunakan adalah dari artis Akademi Fantasia; Riz, Shawal, Adi, Amylea & Farah…









Waahh…hari tu ada contest ni, saje je tangan gatai nooo nak jawab soklan yg agak senang..but kena wat slogan lak…klo ikutkan hati, tak minat nye nak join mende2 yg ada slogan, tp sbb de Riz & Shawal lak…tu yang dgn gigihnya wat slogan..heheh.
Tuptup dpt lak, yeyeyyeyyyy daku berjaya!! But the problem is……sapekah yg ingin diajak bersama ni? Adeehhh….problem..hehehe (problem ke??)

Yang pastinya….hmm lmbat lg..(eh sabtu ni laaaa)…xpe la,, dah nak pergi juz called my friends and get along with them je la pergi tu nanti…huhuu..and at the same time bole bukak puasa sama2…ye la, masing2 dah wat hal masing-masing..dah yg bekerja, waahh leh blanja orang tengah study ni, ngeh3…

K, c uOls in next posting~~

** Bring it on, Get on It **

Friday, August 29, 2008

Haha love it..... (^_^)

Wawaaawaa….kalo member yg t’dekat aku baca tajuk ni mesti trus tau sape yg aku minat selama ini….ala, byk sgt artis sbnanya yg diminati, x kesah la dlm ke luar Negara,,,hihi
Tp yg ni len sket, slalu gak la mengikuti perjalanan seni seorang artis ni, yg boleh dianggap bertuah sbb dpt peminat macam aku ni…..wakakakka (adeehhh puji diri sndri ni, parah2)…

Haha….biarlah dulu namanye menjadi rahsia….kekkeke…(yg tau tu wat2 le xtau...hiks, between u & me..shhh!!) hmm alkisahnye, ni penangan AF la ni…adehhh tiba2 terminat lak kat sorang guy yg Korean-look ni… waduh2, dengan suara yg boleh jatuh cintan gituu…oppss..
Slalu nye bab2 artis ni cam biasa2 je pon klo takat nampak tu… kire x de la excited nye…
Ni siap msk fanclub gitu, pe kejadahnya sume itu? 1 persoalan yg slalu difikirkan dan akhirnya….a lu pikirla sendri….

Haha….1 detik sejarah gak la, g unite ngn fan members ‘aGoGo’ tu..1st time mse (30/6/07, ingat lg tuuuu) FC ni join futsal tournament + sambut bzday mr. aGoGo (awal lak tu)…’Mr. aGoGo’ ni pon turun padang….ye la, dlu kn pemain bola kekdahnye…so, ‘kacang’ je la bg dia, hahha….dgn skill dia yg agak dahsyat, cayalaa, bbrp gol dpt dia bolosss,,,sgt baGUZ…..

=) 1st time gather ramai2...
* aksi 'beliau' *

he3...ni de antara gamba2 yang menjadi seribu kenangan...'kenangan mengusik jiwa' la...hehehhe


* masa bowling tournament with MarshaFC *


then, the series of his activities, hmm dpt involve bape kali je…sbbnya msh student maa, x de mse nak join2 sepenuh masa, hahaha (de gak ye separuh masa ngn sepenuh masa…ingat ni dpt sijil ke?) mati kutu jap….eikkk, mati kau kutu!! Hikss…..maka dgn itu, orang yg diwar-warkan dr td adalah……….En. Shawal b Roslan a.k.a Mr. aGoGo…(^_^)v

ni de pix lagi ... xleh byk2, heheh

* majlis Hari Lahir 'beliau' bersama Nonni

end up my story here!! nex time will updating more on him .... (^_^)v

~~Bring it On, Go for It~~

(^_^)v

Bismillahirrahmanirrahim....finally i've a blog!!
hiks...sblm ni de multiply je, n kekdahnye malas a nk de blog, tp ramai members have their own.

kebetulan, PM Kamel merangkap lecturer Internet Marketing nk plak students kesayangannye msg2 de blog, hehhe KEBETULAN!!~~...ampuunn hr ni x g klas...ngeh3. dh la smlm ptg nmpk PM ngn wife t'cinta mse larian kemerdekaan, wawwawawa....(x lari pon, b'arak jew)..best3 meriah je sume...siap lari dr dataran segamat saaammmpaiii la ke UiTM Segamat...betapa jauh x?...

K, wanna wish "Selamat Menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak"
mudah-mudahan mendapat rahmat dari-Nya sepanjang Ramadhan...& sihat menempuh hari2 yg mendatang...
hm....kawan2 ku....korg jgn lak puasa yg yok...haha...x de maknanya, karang kena ganti gak, ngeh3..
jmpa lg d post yg len....slmz



..it's your Attitude, Not your APtitude that determines Your aLtitude!!~~....Life's like RollerCoster!